dreamy 20.6.08

aku rasa ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. tetapi nak buat macam mana jika ia adalah hakikat. dan ia agak kerap juga berlaku kebelakangan ni. T_T

mengigau?

tak perlulah aku katakan bahawa amat banyak perkara aku telah mimpikan kebelakangan ini, terutama sekali sekarang ini aku kerap menghadapi masalah untuk tidur malam (maka tidur pula waktu siang).

tapi sungguh pelik, dan amatlah kelakar, bila mengigau agak kerap - terutama jika berlaku pada waktu siang. kadangkala aku menyedari aku telah berkata sesuatu setelah sedar saja dari tidur itu, walaupun tak ingat apa yang aku telah katakan. -_-"

dan boleh juga aku katakan, dalam keadaan separuh sedar, aku telah pergi ke bilik air. dengan tidak mengetahui sama ada ia realiti atau hanya mimpi, aku telah melakukan perkara biasa yang orang selalu lakukan di tandas, mungkin reaksi badanku yang spontan terhadap keperluan diriku, ataupun, hanya mainan mimpi semata-mata. sedih, perkara begini pun aku pernah keliru jika ia betul2 berlaku atau hanya mimpi T_T. apatah lagi, banyak lagi perkara lain selain ini. bahaya juga, if this is what sleepwalking is, mungkin mendorong melakukan perkara tanpa sedar yang tidak sepatutnya -_-"

bayangkan. kira2 tengahari suatu hari cuti, kau mendengar roommate kau berkata, "aku nak basuh carpet ni."

uh-oh. and i have no memory of saying such stuff at all, although my own roommate heard it - and they had a good laugh because of it.

ini tak termasuk lagi keluargaku yang dah biasa dengan perkara ini. satu lagi contoh, aku terbangun dari suatu mimpi yang ku tak ingat, melihat abah sedang tergelak sambil menegurku tentang diriku yang bercakap dalam tidur.

heh. quite embarrassing, not proud of it, but a funny aspect to look at. satu lagi perkara mengenai diriku yang pelik. :P

3 comments:

Anonymous said...

erk. kalau masuk tandas takpe. silap masuk bilik tak ke naya. -_-"

Idyani Nazahiah said...

hahaa.adik mmg gitu.but thats the special part about u :p

Anonymous said...

walao,sleep walking...

ak pnah tito 13hours++,tp membe ak lagi dasyat,18jam,bgn2 die dah weng!kol 10pg-6ptg..yeah membe2 ak sume plek2~

hahaha klaka la pikir ifyani jalan mimpi ni