Akan terus bermimpikah aku? Mimpi. Dan untuk entah kali ke berapa puluh, muncul lagi dirinya dalam mimpiku.
Mengharapkan sesuatu yang bagaikan tidak akan berlaku. Dan lagi aku menambahkan bebanan yang sedia ada. Dan sesungguhnya aku tidak suka menjadi bebanan. Cukuplah aku telah banyak membebankan banyak pihak dalam hidupku selain dia. Dia sendiri pernah memberitahu aku, secara tidak langsung. Aku merimaskan.
Dan walaupun itu telah lama dahulu, tapi aku tetap mengingatinya. Dan aku sendiri sedar suatu waktu dahulu akan kenyataan bahawa dia mungkin merasakan lemas dengan segala yang aku lakukan tapi aku tetap mahu melakukannya. Kerana aku mahu membantu dirinya, dalam waktu yang sama membantu diriku sendiri. Kerana dia penting dalam hidupku, dan membantu dirinya bagaikan membantu diriku juga.
Tapi aku bagaikan sedar sesuatu, kira-kira beberapa minggu yang lalu. Apa yang berlaku selama ini? Membawa kepada suatu kemungkinan yang dia tidak pernah menganggap diriku penting sebagaimana aku menganggap dirinya. Dan juga bahawa apa yang dia beritahu aku suatu waktu dahulu dalam notepad kecil berwarna kuning itu adalah bukan dari hatinya, tapi hanya dari sikap spontannya yang pada waktu itu beranggapan dia mengambil berat akan diriku, padahal mungkin dia terkeliru. Kerana pada waktu itu dia rapat denganku membawa dia kepada kesimpulan dia mempunyai perasaan terhadapku. Padahal mungkin aku hanya kawan. Mungkin kerana kekeliruan itu dia tidak pula memberikan semula notepad itu kepadaku. Setelah dia mempunyai orang lain, dia menyatakan bahawa tiada apa-apa yang berlaku antara kami berdua secara umumnya tidak seperti apa yang orang lain sangkakan, padahal memang sesuatu telah berlaku. Dan aku berfikir juga, dia tetap menyimpan perasaan terhadap orang yang dia sayangi sebelum ini. Dan juga kini. Aku, aku fikir, tiadalah sesiapa. Tiada sesiapa baginya. Kerana dia memilih orang lain, dan tetap bersamanya hingga kini, bukanlah aku.
Dan kini aku mulai jadi begitu semulakah? Merimaskan. Aku tahu mindanya bergerak jauh lebih pantas daripadaku. Aku seorang yang perlu merajinkan diriku belajar untuk excel dalam akademikku, dari sekolah lagi. Sekali aku terlepas sesuatu, begitu susah untuk memahami kebanyakan perkara. Namun untuk dirinya, memang dia dikurniakan otak yang pantas berfikir dan mudah memahami. Dan pertanyaanku yang kadang-kadang terlebih seakan-akan membebankan dia lagi. Lagi-lagi aku seorang yang mudah tidak yakin dengan apa yang aku lakukan dan jawab kerana pemahamanku masih lagi begitu rendah. Dan mak juga pernah berkata, aku terlalu mudah risau. A perfectionist. Perkara yang tidak perlu ditanya dan dirisaukan menjadi isu bagiku padahal ia sesuatu yang agak remeh; jika dibiarkan tidak bertanya bagaikan tidak kena pula bagiku. Bukan dia saja, malah orang lain. Seorang rakan pernah memberitahuku, tak perlulah tanya soalan yang memang tiada jawapannya seperti mempersoalkan suatu rumus saintifik yang memang begitu rumus darab bahaginya, hendak diterangkan mengapa mungkin boleh, tapi keadaan aku yang kadang-kadang terlalu ingin memahami segala sesuatu ini menyebabkan orang lain malas denganku. Jika keadaannya memang begitu, terima sajalah, mengapa perlu dipersoalkan dengan begitu banyak pula, mungkin rakan-rakanku pernah beranggapan begini.
Dan kini, tanpa aku mahu, aku semakin segan dengan dirinya. Aku kini semakin jauh ketinggalan, dengan banyak perkara aku belum lagi faham dan belajar. Dengan segala markahku yang rendah dalam segala tugasan dan kuiz. Aku hanya mampu cuba menjadi rajin seperti dahulu, tidak bermakna aku dapat melakukannya dengan baik seperti yang aku harapkan. Dia begitu pantas bergerak, dan ramai juga yang sering rujuk kepadanya, tidak perlulah aku membebankannya lagi, bukankah begitu? Kerana sejak setahun lalu, aku kira, telah banyak kali aku membebankannya, walaupun kadangkala aku melakukannya untuk tujuan yang baik.
Beban. Bukanlah niatku menjadi begitu. Oleh sebab itu aku telah mengharapkan dapat membawa diriku, jauh dari dirinya. Yang aku mahukan selama ini adalah dia mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Bukankah aku telah nampak keadaan itu kini? Tiadalah lagi perlunya aku seperti dahulu. Aku mahu membawa diri, dengan harapan dapat melupakan dirinya, kerana tidak mahu melihat dia bersama orang lain. Sudah sekian lama aku berharap dapat melupakan tapi tiada perubahan lagi. Memilih untuk menjauhkan diri? Suatu keputusan yang bengong juga, kerana ini seperti tidak mungkin. Lebih mengelirukan adalah dia mengatakan aku adalah sebahagian daripada hidupnya. Tapi kedudukan aku dalam hidupnya kelihatan tidak akan berubah. Mereka masih bersama. In the end tiada keputusan yang dapat menolong diriku dalam hal ini. Siapa aku?
Di manakah. Bagaimanakah. Apakah. Aku benci diriku, kerana akhirnya aku yang tidak bermaya.
mimpi 8.4.08
- 16:17
labels: bebelan, blabbing, life, monash, pathetical, perasaan, remembrance, self thoughts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment