Aku memang menghadapi masalah memahami sesuatu perkara dengan normal. Orang lain mungkin dapat melihat sesuatu perkara itu dengan suatu cara yang lebih kurang sama, tapi aku melihatnya dari suatu sudut lain yang kepelikan. Hurm -_-"
Contohnya, tag yang aku baru buat akhir-akhir ini daripada encik wandie.
MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)
Dengan beranggapan ia suatu yang aku cipta sendiri, aku menulis dunia imaginasiku sebagai jawapan soalan ini. Betulkah? Kelihatannya seperti salah faham soalan sahaja. Jika aku mahu menyatakan ciptaan di dunia ini yang aku paling sukai, mungkin sekali komputer; memandangkan hidupku lebih melibatkan diriku sendiri meluangkan masa dengan komputer, walaupun tidaklah begitu hebat dalam hal-hal IT ini.
Ataupun aku akan kata, game CIV. Uhuh, then again, not really :P
Memperkatakan tentang normal, aku tak tahulah aku ini dalam kategori normal atau tak. Aku sendiri confuse, lagi-lagi setelah akhir-akhir ini encik wandie mengelirukan aku dengan comment friendster daripadanya mengenai apakah itu normal. Aku menganggap aku tidaklah masuk dalam kategori normal, melihatkan diriku dan cara aku, the way I perceive myself. Dengan hidup dalam dunia imaginasiku sendiri seperti yang aku telah tulis dalam tag ku sebelum ini, aku agak yakin tiada siapa yang lain mempunyai benda seperti itu. Sepelik-peliknya, ia telah memberikan manfaat dalam hidupku, juga sedikit sebanyak mempelikkan diriku sendiri. Uh, mempelikkan?
Tidak normal = Pelik
Pelik, oh, sinonim betul perkataan ini denganku. Walaupun definisi pelik ini bukan sesuatu yang pasti. Walaupun kepelikanku berubah bentuknya dari masa ke masa. Keluargaku sendiri mengatakan aku ini pelik, terutama Kak Aqiey, kakak keduaku yang baru berkahwin hujung disember lepas. Aku kira aku ini banyak pula persamaan dengan abahku yang sentiasa berjaya membuat kami sekeluarga tergelak dengan sesetengah perbuatannya yang tidak pula orang lain lakukan. Abahku dikira seorang yang kelam-kabut, semalam baru sahaja dia, mak dan kakak ketigaku Kak Zahi dating ke sini melawatku, dan dalam abahku mahu mengambil kotak tisu di meja sebelah di Restoran Seri Bidara, dia terlanggar meja yang diduduki aku, Kak Zahi dan mak, agak kuat juga meja itu tergerak. Perkara seperti itu banyaklah berlaku di rumah di Seremban, bagaikan tidak lagi kisah, terutama mak aku yang akan selalu komen tentang sifat abahku ini setelah perkara seperti itu berlaku. Aku juga kukira begitu, mewarisi banyak sifat dari abahku. Genetik, sangat menarik. Dan kebanyakan sifat lain ini tak pula aku lihat pada kakak-kakakku yang lain. Kak Ilya, kakak sulung, cermat orangnya. Kak Aqiey, boleh tahan juga, sederhana, tapi lebih sempoi. Kak Zahi pun cermat juga, tapi segi cermat ini amat sama dengan abah dalam sudut kebersihan; cara sidai baju di rumah pun ada seninya bagi Kak Zahi dan abah, orang lain bagaikan tak boleh masuk campur. Ubahlah kedudukan baju yang mereka telah sidai di rumah, mereka bakal komen yang kami tidak sidai baju dengan cara yang paling baik untuk baju-baju itu cepat kering, dan mereka akan ubahnya semula. Aku tidak pula cermat sebegitu, baju itu akan kering juga (sangat tidak sistematik kah?). Apa pun, cukuplah perihal baju ini. Huhu.
Dan kini aku semakin kerap pula berbahasa Melayu di blog aku ini. Pengaruh rakan sebaya (PRS).
Dan aku suka organise files dalam komputerku, tapi tidak pula files yang berada di sekelilingku yang terang-terangan berada di situ, berselerak. Aku tidak selalu menggunakan meja tulis di rumah, tapi lebih suka buat segala benda di atas katil. Aku, seorang yang disorganised =_="
Dan aku sering tidur pada waktu orang lain tidak tidur, tapi aku berjaga pula pada waktu mereka tidur. Aiyo.
Dan aku suka main game yang boleh dikira kompleks cara permainannya, yang memakan masa untuk dimainkan seperti CIV, yang aku sering kalah jika main level yang tinggi sikit daripada ‘easy’ (dan akhirnya memaki hamun pula sebab kalah, aduh, penat je main lama-lama), yang biasanya perempuan lain tidak pernah dengar ataupun tahu langsung mengenainya, apatah lagi nak suka main sepertiku yang pernah banyak kali berjaga kerananya. Meletihkan bila berjaga kerana main game, dan sungguh, aku mahu mengelak melakukannya =_=, jadi, praktislah main game yang lebih simple… apakah?
Dan mereka ini mempromosikan pula Ikariam kepadaku. Aduh, melekakan lagi. Uhuhu
Dan orang hairan melihatku yang sentiasa senyum, selalunya lah itu komen yang kuterima, walaupun tanpa apa-apa sebab. Pernah lecturer biology ku dahulu mengatakan bahawa aku mungkin mempunyai gene selalu tersenyum – kepelikan lagi aku mendengarnya, hehe.
Dan pernah aku menemani dua orang rakanku keluar ke sebuah shopping mall di Melaka, waktu aku Form 4. Ketika ini, aku sedang tumpang tinggal di rumah rakanku yang tinggal di Melaka itu, A, buat kira-kira seminggu untuk menyelesaikan projek sekolah. Tiba-tiba, tahu-tahu saja teman lelaki kepada salah seorang daripada mereka berdua turut datang. Akhirnya mereka berdua keluar bersama dan aku tinggal berjalan-jalan di situ dengan rakan yang lagi seorang (si A). Dan kami berdua pula terlihat rakan kami itu, B, dengan teman lelakinya berjalan berpegangan tangan. Dengan tiba-tiba aku rasa bersalah keluar dengan mereka, bagaikan telah join suatu perkara tidak baik, bagaikan tiba-tiba bersalah dengan mak ku kerana asalnya aku telah memberitahu mak, kami keluar untuk menyelesaikan projek sekolah kami. Ini pula mereka keluar dating dan aku hanya berjalan tanpa arah tuju di mall itu, rakanku yang lagi seorang pula berborak dalam telefon bimbitnya juga mengenai seorang lelaki. Apakah? Adakah pelik perasaanku itu atau aku hanya tidak biasa dengan situasi seperti itu? Bosan pula tiba-tiba, terasa sia-sia keluar, ketika itu aku yang belum mempunyai handphone – ya, aku hanya mula ada handphone ketika Form 5. Sudahlah ketika itu kami bertiga (aku, A, B) hampir sudah tiada duit kerana hari-hari naik bas ke hulu ke hilir hendak ke destinasi untuk menyiapkan projek, hinggakan pernah kami bertiga begitu berkira untuk menggunakan 20 sen untuk masuk ke tandas; ini masa dan duitku terbuang di situ pula. Bila aku menceritakan pula kepada mak, dia gelak pula. Tiba-tiba aku kepelikan; perasaan bersalahku sebelum itu mungkin kelakar pula difikirkan semula; pelikkah ia? Tidak normalkah perasaan bersalah itu? Orang lain mahu keluar berjalan-jalan sebentar di shopping mall setelah penat mengusahakan projek sekolah, aku bersikap negatif pula. Tapi sudah tentu tidak elok dari suatu sudut, di mana aku lihat B berpegangan tangan itu. Apabila pulang ke rumah A di Melaka itu kemudiannya, A menasihatkan B yang keluar dengan teman lelakinya sebentar tadi. Note: Yang tinggal di Melaka itu adalah yang bergayut dalam telefon tadi, A, bukan yang keluar dengan teman lelakinya itu, B (keliru pula menceritakan situasi ini). Aku setuju dengan A, di mana dia mengatakan sesuatu yang pernah diperkatakan oleh abangnya kepadanya sebagai nasihat terhadapnya sebagai perempuan, “Kalau laki ni betul-betul sayang kita, dia takkan sentuh kita”. Itu hanya untuk mengingatkan B. Dari segi ini, aku tahu, nafsu manusia itu tetap kadangkala lebih kuat daripada rasional pemikiran tentang halal haram. Bagiku pula, ada sebab-sebab extra untuk aku tidak mahu, jika boleh mengelakkan, daripada berpegangan tangan dengan lelaki. Keadaan diriku di mana aku cepat cemas, membuatkan tanganku hampir-hampir sentiasa menggigil (shaky) dan pada suatu masa lain, seringkali berpeluh. Tak perlulah berpegangan tangan yang mungkin menambahkan lagi peluhku, haha… Aku harap aku sentiasa ingat dan berpegang tentang hal ini. Aku kira ini suatu yang tidaklah kepelikan. Walaupun aku sendiri banyak kelemahan tersendiri, walaupun lelaki itu adalah orang yang aku sayang (bukan muhrimku), walaupun kini banyak lagi perbuatan yang lebih teruk dari setakat berpegangan tangan, tidak bermakna perbuatan ini sendiri suatu yang elok.
Teringat pula kata-kata post seorang yang rapat denganku…
Aku akui, aku berpegangan tangan dengan dia. Tapi itu saja. Mungkin akan menjadi lebih teruk, aku tak tahu. Tapi aku yakin yang aku akan cuba mengekang hubungan kami.
[tidak] normal 15.4.08
- 02:25
labels: games, life, self thoughts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
dah lama tak main CIV. huhu.
minat gak game2 camni. age of empires. rise of nations. huhu. berjam2 boleh berlalu tanpa disedari. T_T
Post a Comment