out of the closet - keluar almari 23.2.08

apa yang kufahami dari sini?

kali ni kurasakan mahu berbahasa melayu. dan sesungguhnya hari ini sesuatu yang aku tidak gemar telah berlaku sekali lagi. adakah kau anggap aku menyalahkan kau?

aku tidak sama sekali berniat untuk menyalahkan sesiapa. tapi nampaknya kau telah melihat situasi ini seperti aku menyalahkan kau, malah lebih teruk dari aku pernah menyalahkan kau dari sebelum ini pun. tapi bukanlah begitu. bukankah aku katakan aku mahu menebus kesalahanku yang sebelum ini? disebabkan kau tidak setuju, aku tetap berasa tidak selesa, dan rasa bersalah itu dikira takkan hilang hinggalah aku melakukan suatu tindakan. dan bagiku tindakan ini juga akan memberi manfaat kepada orang lain pada masa yang sama, namun ini bukanlah semata-mata menyalahkan sesiapa. kerana pada akhirnya, hari itu, aku berasa gembira dapat juga menyelesaikan sebahagian daripada hal-hal yang perlu diselesaikan, walaupun targetku ialah untuk selesaikan semua. aku pergi, sebab utama, untuk perasaan bersalahku ini sendiri. dan untuk meringankan beban kau, setelah aku bersalah kepada kau yang telah menunggu kami hari itu sekian lama. dan mungkin juga kerana ini perjanjian milik kau, dan bukan orang lain, pantas sekali aku membuat keputusan, jika tidak setelah fikir sepanjang malam sampai ke pagi pun entahlah aku mahu pergi atau tidak. aku begitu pasti akan tindakanku itu, aku pergi dengan rela. sama sekali aku tidak terasa terpaksa untuk pergi, tapi bagaikan terasa aktif dan bebas kerana dapat bergerak sendiri melakukan sesuatu urusan. dan aku telah tidak mempedulikan apa kata orang lain. namun mungkin aku tidak terfikirkan mereka akan memperkatakannya kepada kau. bukanlah bermaksud aku tidak langsung berasa bahawa apa yang aku lakukan itu adalah tidak patut, kerana memang aku sepatutnya tidak patut membuat sesuatu itu tanpa kebenaran orang yang berkenaan dengannya, mengetahui dengan jelas yang tindakanku akan menyebabkan kau marah sekiranya ia diketahui. jika aku sendiri pun aku pasti akan marah. dan untuk ini memang aku tahu ia adalah sesuatu yang tidak patut.

aku juga mengharapkan sesuatu. katakan saja apa yang terkubur dalam benak kau itu. bagaimana kau harapkan aku untuk faham sekiranya kau biar saja pemikiran kau terperangkap dalam diri kau tanpa menjelaskannya pada aku? aku tak mampu nak memahami setiap sudut, cuma sebahagian, lagi-lagi jika kau hanya memikirkan dan hanya melakukan tapi enggan menjelaskan kepadaku. aku tidak dapat membaca fikiran orang, aku hanya manusia biasa. kau juga begitu, dan kau juga bukanlah memahami aku sepertimana yang aku harapkan juga. kau mengatakan aku menyalahkan kau, tapi itu bukanlah yang sebenar-benarnya. terutama sekali aku tidak pernah menganggap keadaan menjadi lebih teruk dari tahun lepas kerana bagiku kau telah menjadi lebih baik tahun ini dan aku amat bersyukur, kerana percaya atau tidak aku berdoa berkenaan perkara ini untuk kebaikan kehidupan kita semua. dan tidak kisahlah apa yang berlaku dalam proses kita memperbaiki kehidupan kita itu, asalkan dapat menjadi lebih baik dan bahagia. jika kau menjerit kepadaku dalam library pun, aku tetap dapat menerimanya. aku telah dapat menggambarkan keadaan sekiranya apa yang aku lakukan hari itu diketahui, seteruk mana pun, bagaikan tau-tau saja ia akan diketahui walaupun aku cuba untuk ia tidak berlaku. dan mungkin sekali aku sudah biasa dengan keadaan seperti itu, dan aku telah pun sedia untuk menerimanya. aku rela kau melepaskan perasaanmu sebegitu daripada diam sahaja, atas keputusan kau sendiri bahawa aku tidak memahami apa-apa. hanya kerana perkataan maaf atau marah, kau membuat keputusan tidak mahu memberitahu aku apa-apa. aku pula kadangkala tidak tahu apa pula yang harus dilakukan, kerana aku tahu terus diam pasti sesuatu yang kau benci. memperkatakan marah, adalah suatu perkara yang aku fikirkan ketika itu. you're angry, that's my thought, but i wasn't sure that was the case. akhirnya aku tidak pasti kenapa kau terus membisu walaupun seakan-akan mahu memperkatakan banyak perkara. banyak perkara aku tidak tahu, dan kau harus beritahu aku sekiranya aku harus faham. dan sesungguhnya, aku mahu memahami. dengan hanya memandang aku sahaja aku tidak dapat menangkap mesej yang kau ingin sampaikan. kadangkala aku juga berbuat begitu. belum lagi menceritakan apa-apa lagi, telah pun membuat keputusan bahawa pihak yang lagi satu tidak memahami keadaan aku. dan akhirnya, salah faham telah berlaku. aku dalam proses untuk membaiki skil komunikasi aku, dengan tidak hanya berdiam diri sepanjang masa seperti tahun lepas. aku tahu aku masih mempunyai banyak benda perlu diperbaiki, dan aku percaya kau juga begitu. aku percaya itulah yang termasuk dalam kehidupan baru yang kau katakan. dan aku cuba untuk memahami. dan sebagai manusia, bukanlah aku dapat memahaminya seratus peratus. mungkin sebahagian dari kehidupan baru itu... hanya cadangan... kau berterus-terang dengan ku.

aku sudah biasa jika kau mahu memaki aku. asalkan kau dapat berterus-terang dengan aku. aku hanya menangis jika kau berdiam diri, tandanya kau berahsia: it is like anger in silence. dan perkataan malas dari kau itu sendiri membuat kuterasa: apa lagi yang dapat kulakukan, jika dia mahu aku memahami, tapi enggan memberitahuku apa-apa. dan dengan itu aku bertindak mengatakan benda lain daripada yang aku fikirkan asalnya, mengetahui kau tidak dapat berterus-terang kepada aku.

1 comments:

Anonymous said...

Ohhh...Terkeluar daku dari almari itu, without string attached.

Kalau di luar almari itu adalah kolam ikan, terpaksa berenang ke tepian =D

Hav a nice day if =D