pencarian 28.9.08

Aku hidup dalam pencarian.

Kini aku berada di Kulim, di rumah kakakku dan menggunakan internet di sini buat pertama kalinya dengan celcom broadband. Di sini, salah satu perkara unik yang akan dihadapi hampir tiap kali aku melawat keluarga kakakku yang tinggal di rumah ini ialah keadaan tiap kali anak saudara lelaki aku dimarahi oleh ibunya dan merajuk. Bukan apa, ia kelakar; cakap orang tak mahu didengar, maka dia dimarahi dan akhirnya dia akan menangis, menjerit dengan kuat dan menghentak-hentak kaki tanpa mahu disentuh sesiapa. Kau akan tahu yang keadaan sudah kembali reda bila volume suaranya yang awal-awal kuat tadi makin perlahan dan dia akan buat hal lagi. Itulah selalunya keadaan di sini. Bayangkan keadaan kau begitu semasa kecil dulu masa berumur 3 - 4 tahun.

Jadi, aku akan pergi ke Arau, Perlis pula selepas ini. Di sana keadaannya lebih menarik, bertemu keluarga belah mak yang banyak telatah kelakar. Kebanyakan mereka juga sudah lanjut usia, yalah, mak pun bongsu dari 7 adik-beradik. Aku yang paling lama tak balik ke sana berbanding dengan orang lain dalam keluargaku sekarang, memandangkan aku ini "selalu sibuk". Ugh.

Tapi apa pun aku tetap gembira tiap kali balik ke sana. Adik-beradik mak ialah tukang masak terhandal sekali yang aku tahu seumur hidupku. Walaupun aku lah yang paling diam tiap kali berada dengan saudara mara, dan tidak seaktif yang lain, dan tak banyak nak membuat apa-apa kerana tak tahu melainkan diajar dan disuruh (takut buat salah), aku tetap suka berada di kampung ini. Buat suatu masa, aku akan berasa suka hati dan lupa segala perkara yang membelenggukan kepala otakku ini bila berada dengan mereka ramai-ramai. Kekosongan tetap dirasai kadang kala, mungkin sekali itu memang keadaan hidupku. Jika tiada kekosongan itu, aku mungkin selalu dan lebih banyak lagi bersuara dalam hidupku. Tidaklah aku kadang-kadang termenung tanpa sebab yang nyata. Dan aku juga mungkin mempunyai lebih banyak rakan. Dan sesiapa yang teman serumah denganku tidaklah pula berasa bosan mempunyai roommate seperti aku ni. Terbukti, sejak aku masih sekolah berasrama, aku memang jenis tak berapa rapat dengan rakan sebilik/serumah. Lebih kuranglah, kecuali di plkn sahaja. Di luar rumah, mungkin aku lebih aktif dengan orang lain. Lebih kurang di rumah di Seremban, aku bagaikan terlalu pasif. Di situ, sering handphone aku tinggalkan terabai, hinggakan habis bateri atau habis kredit pun tidak selalu ku kisah. Tunggulah bermulanya semula kelas (jika cuti duduk di rumah), baru hendak kisah apa yang berlaku dengannya. Maka boleh expect aku tidak reply jika sesiapa yang menghantar mesej. Aku rasa handphone itu memanglah penting untuk berhubung, tapi bagi aku tak payahlah hendak cari yang canggih sangat. Sebab aku tahu aku hanya akan excited dengan segala functions yang ada mula-mula sahaja, lepas itu, selalunya aku akan jarang gunakannya.

Jadi?

Aku masih mencari sesuatu. Aku tak begitu pasti apakah ia. Walaupun aku seharusnya bersyukur dengan apa yang sudah ada. Di dalam sifatku yang terlalu diam berada di rumah dan saudara, aku masih diterima. Walaupun aku tetap berasa kadangkala aku diketepikan, bagaikan aku hanya memainkan satu peranan yang kecil sahaja dalam keluargaku berbanding yang lain. Mungkin aku sendiri tidak berusaha untuk menjadi lebih berperanan.

Aku kira aku suka menolong orang. Cuma tak pula suka-suka mengoffernya kerana agak segan T_T. Untuk itu, dalam sesetengah perkara, aku dianggap terlalu baik. Tapi aku gemar pula bergurau dan membuat banyak belok kanan & kiri sebelum mahu menawarkan bantuan - mungkin aku mahu menentukan jika seseorang itu mahu menerima bantuan aku atau tidak. Mengapa mahu selalu tolong orang sebenarnya? Mungkin itu caranya aku menyumbat kekosongan aku, bagi akulah. Jadi adakah ia sesuatu yang tak patut, bagaikan Nakahara Misaki dalam Welcome to N.H.K.? Tapi bukan setiap perkara akan aku tolong. Aku mencari sesuatu yang unik dalam setiap pertolongan yang aku berikan, tidak bermakna aku mengharapkan balasan. Dari sesuatu yang aku mungkin dapat dari itu, ia memberi aku kepuasan, kegembiraan. Dan seboleh-bolehnya aku mengelak mengatakan apa-apa atau merungut dalam memberi pertolongan itu walaupun ia sukar. Tapi aku manusia, tak dapatlah menjadi begitu sempurna. Teringatkan lagu Sempurna: bagaikan tidak suka lagu itu untuk liriknya, tapi menyukainya untuk musiknya sahaja kerana gitarnya. Tiada apa yang sempurna zaman kini selain Tuhan sendiri, dan bagiku mengatakan seseorang itu sempurna adalah mengarut walaupun itu hanya lagu untuk seorang kekasih. Haha, memang aku sendiri rasa pelik dengan pendapatku ini. Lagu Kamek Sayang Kitak itu sendiri lagi bagus.

Aku juga berharap dapat berkongsi apa-apa dalam hidupku ini yang dapat menggembirakan seseorang kerana dengan berbuat itu sendiri aku akan gembira. Walau sekecil mana pun perkara itu asalkan dapat memberikannya kegembiraan walaupun sementara. Walaupun aku tak dapat define dengan pasti apakah itu kegembiraan itu sendiri dalam hidupku, bagiku. There is no such thing as eternal happiness for me, unless when you go to heaven, someday. Selepas tiap kegembiraan akan ada suatu masa yang membuatkan kita down. Jadi, walaupun dapat memberi kegembiraan walaupun sekejap kepadanya, aku sudah sedia gembira, walaupun aku tahu ia tidak berkekalan. Dan walaupun pada masa down, aku tetap akan bersamanya jika diperlukan dan tidak mengganggunya jika diminta, aku faham akan masa yang diperlukan untuk berseorangan. Pergilah buat benda lain buat sementara. Dan bila tiba masanya aku harap dapat membuatnya ketawa lagi, kegembiraannya saja sudah cukup. Walaupun aku mungkin tidak akan dapat menyelesaikan masalah sesiapa dengan hanya berada dalam hidup mereka, aku harap aku akan tetap dapat membawa suatu perubahan yang lebih baik walau sekecil mana pun. Aku mencari, untuk aku berikan kegembiraan walaupun untuk 2 saat (and hence) dapat membuatkan aku gembira juga. Skil yang aku suka mengenai seseorang hanyalah secara utamanya, able to talk and listen to others. Walaupun yang aku kira selama ini, orang yang aku suka ialah orang yang senget semuanya. That doesn't mean it's a bad thing, though. Aku sendiri senget orangnya, cuma tak diketahui saja. Itulah yang unik mengenainya. Aku boleh membuat kesimpulan di sini bahawa aku suka orang yang senget, not literally.

Dan dalam waktu down yang sering melanda ni, musik lah antara sahabat terbaik. Genre utama kegemaran aku ialah rock, dan itu pun bergantung juga. Aku lebih kepada alternative rock atau adult alternative. Sesuatu yang rancak, lively dan memberi inspirasi atau semangat. Tapi certain rock yang agak berat aku tak suka seperti Korn atau Limp Bizkit, walaupun aku suka juga Muse (beratkah?). Dan aku tidak gemar hip-hop sekarang atau R&B atau sama adik-beradik dengannya, kecuali sesetengah lagu sahaja. Aku dengar semula lagu-lagu klasik zaman dahulu... bukanlah begitu lama, sebenarnya. Zaman lagu 90'an adalah yang terbaik, bagi akulah terutama untuk Malaysia. Dari KRU ke Ukay's ke Umbrella ke BSB ke Aerosmith ke Bryan Adams ke Richard Marx, kebanyakannya aku suka, tak kiralah kapak, gergaji atau pop. Zaman sekarang ini aku jarang pula dengar radio, tetap ada yang best, cuma sumber musik aku ialah internet - google, top charts, limewire, torrents etc. Tak pun lagu-lagu instrumental atau orchestra seperti soundtrack dari anime atau drama Jepun.

Heh, dan aku sangat suka lagu old school Janji Tinggal Janji ini.

----------------
Now playing: KRU - Janji Tinggal Janji
via FoxyTunes

2 comments:

Anonymous said...

bahasa yang indah..tak sangak if rajin buat bahasa2 macam ini .Ini dalah pujian. Memang menarik.Selamat hari raya dan maaf zahir batin. Nanti lepas raya bawa kuih banyak2..penuhkanlah kitchen itu dengan tapeware..hehe maaf zahir batin..oh yer denga tak malunya: masitah mintak maaf sebab selalu guna internet sampei If terpaksa guna broadband.terasa bersalah tak terkata. nak cakap, tapi asyik2 guner takut If kater mengada-ngada plak. But i am seriously guilty. Ok lah if, jangan maine merecun, kirim salam kat parents, kat kakak.Mintak maaf sekali lagi..:P

IFyani said...

kak, saye amik broadband bukan sebab tu pun, em, tapi lebih menyenangkan la da ade broadband ni tak yah guna yang dlm bilik dah (except for xsocam). it's portable, skang balik kampung pun boleh guna. so nothing you should feel guilty about.